4 PERBANDINGAN ANTARA PENAPIS CUCKOO vs COWAY


Hai Uolsss..😘😘😘

KakSu buat satu post khas ni ari, sebab ramai yang tanya KakSu perbezaan antara penapis air Cuckoo dengan Coway.

KakSu tahu, mesti ramai teragak-agak nak pilih jenama mana satu, sebab yang paling top kat Malaysia sekarang ni antara Cuckoo dan Coway.

Untuk makluman korang, walaupun KakSu agent Cuckoo, kat rumah KakSu pakai juga penapis air Coway Villaem. Sebabnya abah Kaksu ada masalah buah pinggang. Jadi air RO paling sesuai. Kerana air tu kosong dan tak ada mineral (buah pinggang tak der la kena kerja keras).

So jangan pulak nanti korang kata KakSu ni bias atau berat sebelah pulak yer..
Insyaallah review KakSu berdasarkan fakta. Selebihnya, korang buat la pilihan sendiri yer..

Bagi KakSu kedua-dua Brand ni ada kekuatan dan kelebihan tersendiri. Semua pilihan  bergantung pada BAJET dan KEPERLUAN korang. KakSu kongsikan secara ringkas kat bawah ni yer.


1) HARGA

Bagi KakSu perkara utama, semestinya KakSu akan compare harga dulu. Bukan apa, supaya tak membebankan diri di kemudian hari kerana ia melibatkan kontrak (jika plan ansuran).

Kalau korang survey, Penapis air Cuckoo lebih murah, dengan kualiti air mineral dan Beralkali ringan. Ada beberapa pilihan harga bawan RM100 seperti:

Model Xcel ~ RM70/bulan (New Model)
Model King Top ~ RM75.47/bulan (Paling Laris)
Model Iris Top ~ RM94.34/bulan
Model Fusion Top ~ RM98/bulan. Masuk tahun ke 4, harga akan berkurang kepada RM80/bulan (Paling Laris)

2) KUALITI AIR

Kesemua model penapis air cuckoo menghasilkan air mineral atau Mild Alkaline. Air mineral / Mild Alkaline ni memang bagus untuk kesihatan, sbb PH dia tak over dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO).

Untuk Coway pulak, kebanyakan model penapis air Coway menghasilkan air Reverse Osmosis (RO). Kalau ada pun jenis air alkali ni, harga agak mahal, seratus keatas.

So terpulang pada kepada keperluan korang la yer.. Macam KakSu, memang suka air Mineral Alkali ni. Abah KakSu pula perlu pada air RO kerana masalah buah pinggang. Air RO ni orang panggil air mati, sebab tak der langsung kandungan minerat atau zat didalamnya. Untuk pesakit buah pinggang, memang digalakkan, supaya buah pinggang tak bekerja keras.

Kalau korang jenis aktif, ada pulak anak kecik, better ambil air mineral ni, sbb banyak manfaat untuk kesihatan korang dan anak-anak.. Tak caya boleh la Google sendiri yer.

3) SERVIS & WARRANTY

Servis Cuckoo setiap 4 bulan sekali. Setiap kali servis, mereka akan tukar filter baru. Cukup setahun complete set semua filter baru. 

Coway pula, servis setiap 2 bulan sekali, dia akan buat ceklist dan akan cuci filter dan tangki..dan pertukaran filter 6 bulan sekali. 

Warranty pula adalah sepanjang tempoh kontrak. Jika ada kerosakan, akan dibaiki atau di ganti baru, tertakluk pada terma dan syarat. 


4) TANGKI / TANK

Isu tangki ni selalu jadi kontroversi. Umumnya, semua orang setuju harga Cuckoo lebih murah. Tapi dari segi tangki Coway lebih besar. Relax..jangan gaduh-gaduhπŸ˜…πŸ˜…..

Meh KakSu terangkan kat korang.

Biasanya sebelum beli penapis air cuckoo, KakSu akan tanya dulu, satu rumah ada berapa orang. kalau takat 3 orang, buat apa korang nak membazir duit beli tangki yang besar-besar tu? Selalu KakSu pesan pada orang-orang sekeliling KakSu, nak beli apa-apa, tengok pada keperluan. 

Untuk Cuckoo, sistem Refill memang laju. Kalau korang ambil 1 gelas, terus refill satu gelas. Jadi korang tak akan terputus bekalan air. 

Tangki Coway pula, memang kena besar. Untuk dapatkan air RO, filter dia kena tapis titis demi titis, sebab dia tak nak mineral-mineral ni semua. Kalau mereka design tangki kecil, jenuh la, nak tunggu..Sebabtu Cuckoo tak perlu ada tangki yang besar macam Coway. 

KESIMPULAN

So kesimpulannya, korang boleh buat pilihan yang mana sesuai dengan keperluan korang. KakSu just share apa yang KakSu tau seringkas yang boleh. Ni pun ambil part-part yang penting jer.. Kalau terlalu teknikal, korang pulak yang tak paham.

Kalau korang tak tau nak pilih model apa yang sesuai, KakSu boleh bagi FREE CONSULTATION. Korang jangan risau, KakSu tak akan paksa korang belipun πŸ˜†.

Sekarang ni Cuckoo masih lagi on Promosi Jimat RM265 untuk Yuran Penghantaran dan Pemasangan. 

Kalau korang berminat, jom kita bisik-bisik kat wassap.. KakSu ada Special Gift untuk korang. Tak boleh cita kat sini, nanti tak surprise la pulak kan. Rugi tau kalau korang tak bisik-bisik ngan KakSu😜😜😜

Korang tekan jer link kat bawah ni, terus ke wassap KakSu. Kita jumpa kat wassap yerπŸ’•

==> http://www.wasap.my/+601137786527/CuckooWaterFilter <==  

psst: kalau korang nak dapatkan Penapis Udara pun boleh.. Tengah promo sekarang ni. Musim-musim virus mcm ni, memang sangat2 perlu lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil atau orang tua.

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA SAYA PILIH UNTUK JADI EJEN CUCKOO BERBANDING COMPANY LAIN?