KENAPA SAYA PILIH UNTUK JADI EJEN CUCKOO BERBANDING COMPANY LAIN?



Hai uolls, tq singgah ke blog kakSu. KakSu tergerak hati nak buat 1 post khas tentang KENAPA KAKSU BOLEH TERJEBAK SEBAGAI AGEN CUCKOO NI…

KakSu tau, mesti ramai yang tengah mencari-cari bisnes apa nak buat, dan ada yang teragak-agak dok survey-survey, sampai kesudah tak dapat buat keputusan.. Survey-survey juga dik, ingat FAST ACTION, FAST RESULT! (cewahhh dah macam Dr Azizan pulak 😁)

Cerita dia bermula mcm ni…

KakSu ni memang daripada sekolah memang minat berniaga… Sampai la Kaksu dapat kerja, Kaksu masih lagi beniaga.. 6 tahun Kaksu dan suami bina biz, sampai satu masa, kaksu terpaksa buat keputusan yang sukar, iaitu terpaksa letak jawatan, kerana nak fokus pada biz yang kak su dan suami usahakan.

Masuk tahun yang ke 7, semua berjalan lancar, sehinggalah kami diuji… Orang yang kami anggap sebagai mentor, tiba-tiba menipu kami, sampai semua yang kami bina, hancus sekelip mataπŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”.

Tahun pertama masa jatuh tu, kaksu jadi depress, bank kejar, collector kejar..Rasa hidup ni terlalu sempit, tak tau nak gambarkan masa tu. KakSu ada 2 biji rumah, semua kami terpaksa jual, kereta kami serah kat bank sbb tak mampu nak bayar, dan kami terpaksa menyewa. Aset-aset lain semua kami lepaskan, untuk cover kerugian kami.

Masa ni family semua tak tau, kami rahsiakan daripada pengetahuan keluarga. Sampaikan nak makan pun x der duit, hari2 memohon pada Allah supaya bagi jalan keluar kepada kami. Macam2 report kami buat, tapi orang yang bersalah tetap hidup bermewah-mewah atas kesengsaraan kami (Mohon jasa baik korang, tolong doakan supaya Allah gerakkan hatinya untuk bayar hutang-hutang kami).

Masuk tahun ke-2, kaksu terfikir, sampai bila nk mengenangkan nasib..Kaksu start bangkit, bermula daripada bawah, daripada tak ada apa2.. Mula-mula jadi dropship, untung tak banyak tapi Alhamdulillah, lepas la makan minum setiap bulan… Dan sekali lagi kami diuji, stok pulak terputus dekat 2 ke 3 bulan… kemudian kami cari alternatif lain.

Kemudian Kami dipertemukan dengan owner kilang produk… Pasangan Melayu ni baru buka kilang produk. Masa tu, alangkah bahagianya rasa, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal..Kaksu dan suami serta dibantu oleh seorang rakan, mulakan proses marketing.. Masa ni alhamdulillah, hidup kembali senang.. Tapi ujian Allah sekali lagi menimpa kami, pihak kilang tak dapat penuhi perjanjian sebelum ni.. Janji-janji semua tak ditepati. Masa ni kami semua rasa down. Duit dah banyak habis untuk marketing, kata nak masuk paper,nak masuk TV tapi semua kelaut..

Daripada situ kaksu dan suami serta sorang kawan cari ikhtiar lain. Kami tak boleh mengalah, apa yang berlaku tu mungkin buruk bagi kami, tapi terbaik disisi Allah. Masa ni kakSu akui, tipu la kalau tak der rasa down atau frust atau marah atau geram😑. Tapi hidup perlu diteruskan, move on kata orang putih….

Dipendekkan cerita, Masa tu adik kaksu baru abis belajar dan nak tunggu convo.. Dia ada la buat part time jual penapis air.. Mula-mula Kaksu tak berminat pun, sbb masa tu SKEPTIKAL..”Ada ker orang nak beli, sebab ramai kot yang dah jual”. Benda tu bermain kat fikiran Kaksu…

Bulan pertama adik kaksu yang memang tak pernah berniaga, tak tau buat benda online, budak manja.. tiba-tiba boleh jual 5 biji penapis air…Kaksu tengokkan jer.. dalam hati cakap, ish betul ker dia ni… so masuk bulan ke dua, komisyen dia cecah RM4000+… Masa ni Kaksu start kenen2, tanya dia, apa sebenarnya yang dia buat ni… Dia pun cita la kat kaksu..

Daripada situ baru la Kaksu buka minda... Jual penapis air pun boleh buat duit, TANPA MODAL pulak tu.

Pengalaman peribadi Kaksu, Cuckoo ni memang satu platform mudah untuk buat duit..Sama ada part-time atau pun full-time. Kak su share dengan korang:

5 PERKARA WAJIB TAU SEBELUM JADI AGEN CUCKOO.

1] INCOME



Paling best, korang boleh tetapkan berapa income yang korang nak sebulan. Hanya ikut dan Follow apa yang diajar oleh leader dan buat sungguh-sungguh. KakSu yang surirumah pun boleh buat, mesti uolss pun boleh buat.

Jika bulan pertama korang jual 5 unit rental, korang boleh dapat sehingga RM1200 sebulan. Jika korang boleh jual 10 unit sebulan, korang boleh dapat sehingga RM4000 sebulan!

Itu baru jualan bulanan, belum masuk lagi income pasif bagai.

Nak detail KakSu akan tunjukkan di wassap nanti.

2] TANPA MODAL

Kebanyakan bisnes part-time atau full-time, rata-rata memerlukan modal. Korang kena keluarkan modal ratusan, dan ada juga cecah ribuan ringgit untuk beli stok daripada stokis. Kalau Dropship pun ada yang kena bayar yuran RM50 ke RM100! Kalau korang yang pandai buat bisnes, mungkin tersangat la ok..Tapi bagi korang yang baru mula nak buat bisnes, last-last semua stok terperuk bawah katil. Kesudahan nya, modal entah kemana, untung belum tentu..Ini realiti yang Kaksu sendiri pernah hadapi dan ramai juga kawan-kawan mengadu perkara yang sama..

Tapi dengan Cuckoo, konsep dia lebih kurang sama dengan DROPSHIP. Kita tak perlu simpan atau pegang stok, tak perlu pos barang, tak perlu pegi pasang untuk cust. Tak perlu nak keluarkan modal atau yuran. Semua tu FREE jer.πŸ˜‡

Korang boleh promot kat sapa-sapa jer satu Malaysia, sebab staff Cuckoo yang akan pasangkan untuk Cust-cust korang. Satu Malaysia diaorg boleh cover.

3] LATIHAN



Ejen akan diberi latihan secara PERCUMA. Kalau kita nak berjaya, kita perlu ada mentor, dan kita perlu dilatih. Hanya dengan ilmu, mentor dan sistem yang betul insyaallah kita boleh dapat pendapatan lumayan, tanpa langgar tembok berkali-kali.

Kita semua bekerja dalam satu pasukan. Akan ada orang yang akan support korang, ajar korang dan korang akan ada dalam persekitaran yang sangat-sangat positif. Sebab kita semua ada 1 matlamat, nak tingkatkan ekonomi dan dalam masa yang sama kita boleh bantu oarang lain. Persekitaran sekeliling, mempengaruhi kejayaan kita!

4] PELUANG NAIK PANGKAT



Tak kira la korang ni buat part-time atau full-time, bila daftar je ejen Cuckoo, korang akan diberi pangkat NE (Natural Executive). Dalam Cuckoo, walaupun pangkat NE, income korang boleh cecah 4 ke 5 angka tiap-tiap bulan.. Hebat bukan!

Ramai ejen Cuckoo bermula dengan NE, kemudia naik pangkat sebagai NM (Natural manager), pada masa ni income bertambah LUAR BISA. Pada tahap ini, korang dah boleh buka BRAND STORE atau BOOTH di pasaraya atau Mall, macam yang korang selalu nampak kat AEON, TESCO, GIANT dan lain-lain tempat lagi.

Pangkat-pangkat dalam Cuckoo:
NE ~ Natural Executive (Agen Baru)
NM ~ Naturam manager (Manager)
NCM ~ Natural Chief Manager (Power Leader)

5] PRODUK MAMPU MILIK DAN KEPERLUAN

Seriously, masa mula-mula dulu, KakSu memang skeptikal..Tapi bila KakSu kaji dan KakSu melangkah pada bisnes Cuckoo ni, KakSu rasa ni la platform yang terbaik untuk KakSu. 

Cuckoo satu-satunya penapis air dengan Kualiti Air Mineral dan Beralkali ringan yang harga paling murah kat pasaran. Pengiklanan Cuckoo makin meluas dan Berterusan, jadi semua orang mula kenal Cuckoo. Ditambah pula sekarang cuckoo menjadi penaja untuk rancangan Gegarvaganza.

Jadi belum terlambat untuk korang rebut peluang ni, jadi antara orang terawal sebelum produk Cuckoo meletup-letup dipasaran.

KESIMPULAN

KakSu dah share dengan korang, macam mana jatuh bangun kaksu dalam bisnes. Bagi yang ada masalah sama macam kaksu, kita boleh saling support moral dan duduk dalam satu persekitaran yang lebih positif. Dalam fasa nak bangkit, kita perlukan persekitaran yang positif supaya kita tak mudah rasa DOWN!

Bagi yang nak mulakan bisnes online daripada rumah, yang nak duit lebih sertiap bulan, surirumah yang nak ada income sendiri, adik-adik lepasan SPM/Kolej/University yang nak cari duit poket yang lumayan, yang mana plan nak cari duit Kawin, yang mana nak beli rumah atau kereta, Cuckoo adalah pilihan terbaik buat korang.

KakSu cakap macam tu kerana KakSu start buat Cuckoo dengan tak punya apa2, dalam keadaan kaksu Stress hampir bankrup.. Kalau kerja lain memang tak mampu Kaksu nak buat. 

Kerjaya kat Cuckoo ni tak susah, kita hanya promote produk Cuckoo. Kalau tak tau, ada rakan-rakan lain yang sama-sama akan bantu dan support kita. Ya Allah, memang best sangat.. Awal bulan tunggu je duit masuk acc korang.

Berminat nak join team CUCKOO? Tapi KakSu nak yang betul-betul nak ubah kewangan keluarga, BUKAN yang NK GOYANG KAKI DAPAT DUIT. Kalau ada yang dah set minda macam tu, platform Cuckoo ni tak sesuai untuk korang.

Kalau korang antara pengguna Cuckoo dan nak jadi ajen pun, sangat Kaksu galakkan, kerana korang dah ada pengalaman guna produk Cuckoo lagi la senang korang nk promote.

Untuk pertanya atau detal, korang Tekan je link kat bawah, KakSu akan respond segera.

Comments

  1. Macam mana nak jdi ejen cuckoo?? Rasa was² sngt. Sbb masa nak isi brng tu, ada mlbtkan nmbor akaun bnk dngn IC . So... Boleh tau tak mcm mana tu?? πŸ˜…

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

4 PERBANDINGAN ANTARA PENAPIS CUCKOO vs COWAY